Skip to main content
BERITA| Kerajaan sasar gaji bulanan RM3,000 menjelang 2030 - Ramanan

Kerajaan sasar gaji penengah bulanan di negara ini meningkat kepada RM3,000 pada 2030.

 

Menteri Sumber Manusia berkata Pampasan Pekerja turut disasar mencapai 40 peratus daripada Keluaran Negara Kasar.

 

Bagi mencapai matlamat itu, Datuk Seri R Ramanan berkata kementerian akan memperkasa Majlis Perundingan Gaji Negara, termasuk menetapkan gaji permulaan untuk siswazah dan lepasan TVET.

__

 

Seramai 175 aktivis misi Global Sumid Flotilla 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan Israel, sudah dibebaskan. 

 

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara berkata keputusan sama ada kesemua aktivis Malaysia akan meneruskan misi atau pulang ke tanah air bergantung kepada beberapa penelitian.

 

Terdahulu, 10 rakyat Malaysia terputus hubungan selepas 22 kapal GSF 2.0 membawa lebih 180 aktivis dari seluruh negara, ditahan tentera Israel.

__

 

Dan, dua remaja lelaki yang ditahan bagi bantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar wanita di Ketereh, Kelantan semalam, direman tujuh hari.

 

Mahkamah Majistret Kota Bharu turut membenarkan perintah reman tiga hari terhadap dua lagi suspek warga emas.

 

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan sahkan penemuan mayat seorang wanita berusia 19 tahun dengan kesan lebih 60 tikaman.

 

Siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Perak dan dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayat dibuang di kawasan tersebut.

ERA Muzik Hit Terkini