Tiada PRK akan diadakan bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.
SPR memaklumkan demikian selepas pihaknya terima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan.
Jelas suruhanjaya itu, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan tiada keperluan untuk mengisi kekosongan terbabit.
Untuk rekod, kekosongan itu berlaku susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkuat kuasa 18 Mei lalu.
....
Polis buka kertas siasatan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, susulan hantaran dimuat naik di Facebook yang menyentuh isu 3R baru-baru ini.
Menurut Bukit Aman, veteran DAP itu dan semua yang berkaitan akan dipanggil bagi bantu siasatan dalam masa terdekat.
Setakat ini juga PDRM menerima 28 laporan di seluruh negara berhubung hantaran berkenaan.
.....
KKM tidak akan berkompromi dan akan terus memperketat pemantauan terhadap penjualan vape yang mengandungi dadah zombie.
Justeru pihaknya akan bekerjasama dengan PDRM dan Kastam bagi membanteras produk vape tidak berdaftar di pasaran.
.....
Polis Sabah tahan 9 individu dipercayai terlibat kegiatan pengurusan permohonan kad pengenalan palsu melalui Op Pugo yang dijalankan sepanjang enam hari bermula 7 Mei lalu.
.....
Di Pulau Pinang, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tahan 8 individu majoritinya warga Indonesia kerana terlibat dalam operasi sebuah pertubuhan tidak berdaftar.
.....
Ketua Polis Terengganu memaklumkan kira-kira 400,000 ribu kenderaan dijangka memasuki negeri itu sempena Aidiladha dan cuti sekolah yang bermula esok.
.....
Dan, Menteri Keselamatan Israel mengeluarkan video aktivis pro-Palestin yang diculik askar zionis dalam keadaan berlutut dengan tangan diikat dan dahi menyentuh tanah.
Masyarakat antarabangsa mengecam tindakan itu serta pemimpin dunia termasuk Malaysia, Perancis, Sepanyol dan Itali menggesa pembebasan segera rakyat mereka yang ditahan.