Skip to main content
BERITA| Kes buli MRSM Johor: Empat pelajar dibuang, dua lagi digantung

Empat daripada enam pelajar sebuah MRSM di Johor yang disyaki terlibat kes buli telah dibuang daripada insitusi berkenaan.

 

Manakala, dua lagi digantung sehingga pengesahan siasatan polis sama ada mereka turut terbabit melakukan sentuhan fizikal dalam kes buli tersebut. 

 

Sementara itu, MARA akan menempatkan empat warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di setiap MRSM bagi memperkukuh aspek disiplin dan sahsiah pelajar.

 

Pengerusinya berkata inisiatif itu akan dimulakan di 10 MRSM tahun ini sebelum diperluaskan ke semua 58 MRSM di seluruh negara bermula Januari tahun depan.

 

Jelasnya, setiap MRSM akan mempunyai dua warden lelaki dan dua warden wanita yang dijangka dimuktamadkan minggu ini.

 

ERA Muzik Hit Terkini