Skip to main content
BERITA| Kes riba dalam bas: Bekas pemandu dan teman wanita mengaku bersalah

 

Bekas pemandu bas ekspres viral dijatuhi hukuman penjara setahun selepas mengaku bersalah kerana melakukan aksi meriba ketika dalam perjalanan ke Johor, Ahad lalu. 

 

Manakala, wanita yang turut terlibat dipenjara 6 bulan dan masing-masing didenda RM5,000 seorang. 

 

Terdahulu, video viral memaparkan kejadian itu sekali gus mengakibatkan pemandu terbabit ditamatkan perkhidmatan serta-merta.  

__ 

 

Kerajaan terbuka untuk menempatkan pelajar Malaysia yang berdepan situasi terkandas atau terjejas pengajian di negara terlibat dalam krisis Asia Barat ke IPT dalam negara. 

 

Menteri Pendidikan Tinggi berkata ia antara langkah kesiapsiagaan kementerian dan jaminan memastikan pengajian pelajar tidak terjejas. 

 

Bagaimanapun katanya, setakat ini belum ada angka rasmi pelajar yang terkesan kerana universiti di negara terbabit masih berfungsi seperti biasa. 

__ 

 

Dan, Malaysia akan menyertai sidang khas berkaitan situasi semasa Selat Hormuz yang dianjurkan bersama Perancis dan United Kingdom, malam ini. 

 

Perdana Menteri berkata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mewakilinya menyertai persidangan khas berkenaan. 

 

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berpegang teguh dengan pendirian dalam mengiktiraf hak Republik Islam Iran dan menolak tindakan Israel serta Amerika Syarikat yang melakukan serangan terhadap Iran. 

ERA Muzik Hit Terkini