Kerajaan digesa ambil tindakan menyeluruh bagi memastikan persekitaran sekolah kekal selamat susulan kejadian tikam seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Banting.
Tegas Pengerusi MARA, langkah itu termasuk memperkukuhkan usaha pencegahan dan intervensi awal terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar.
Terdahulu, seorang pelajar perempuan dilapor cedera dipercayai ditikam rakan sekolahnya.
Suspek kini ditahan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.