
BERITA| KKM Pantau Rapat Penularan Virus Baru Di Barat
Kementerian Kesihatan pantau rapat perkembangan penularan virus baru yang dilaporkan di beberapa negara Barat.
Namun Timbalan Menteri Kesihatan berkata setakat ini belum terdapat indikasi ia merebak ke rantau Asia.
Terdahulu, KKM maklumkan akan pertingkat kawalan sempadan bagi mengekang penularan wabak Hantavirus meskipun tiada kes tempatan warga Malaysia dilaporkan setakat ini.
Sementara itu, KKM akan tambah baik aplikasi MySejahtera dengan penjejak wabak hantavirus sekiranya ia diperlukan kelak.