Skip to main content
BERITA| KKM Sasar Draf RUU Pemakanan Siap Tahun Depan

 

BERITA| KKM Sasar Draf RUU Pemakanan Siap Tahun Depan

Kementerian Kesihatan sasar draf Rang Undang-Undang Pemakanan disiapkan tahun depan untuk dibentangkan di Parlimen. 

Jelas Menteri Kesihatan, penggubalan RUU itu bertujuan mewujudkan persekitaran yang menyokong amalan pemakanan lebih sihat dalam kalangan rakyat.

Antara skop utama ialah perlindungan dan sokongan pemakanan bayi dan kanak-kanak, kawalan pemasaran makanan tidak sihat serta pelaksanaan pemakanan sihat di institusi dan penyediaan persekitaran yang menyokong pilihan makanan lebih sihat. 

Tambah beliau, RUU berkenaan akan melengkapi Akta Makanan 1983 yang ketika ini mengawal selia aspek keselamatan, kualiti, komposisi dan pelabelan produk makanan. 

ERA Muzik Hit Terkini