Skip to main content
BERITA| KPM teliti semula SOP susulan kes lemas pelajar IPG Perlis

Kementerian Pendidikan ambil tanggungjawab penuh terhadap insiden lemas melibatkan dua pelajar IPG Kampus Perlis ketika jalani aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sabtu lalu. 

 

Menterinya berkata ia termasuk meneliti semula SOP bagi penganjuran aktiviti luar babitkan semua institusi di bawah kelolaannya bagi memastikan aspek keselamatan dapat diperkukuh. 

 

Tambahnya, beberapa pegawai yang terbabit dalam penganjuran program itu juga akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sehingga proses siasatan selesai.  

__  

 

Bekalan tenaga Malaysia dijangka terus mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Jun ini. 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia susulan rekod prestasi dan rangkaian global yang mantap serta mengekalkan hubungan lama dengan negara-negara pengeluar utama minyak lain. 

 

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar mengingatkan walaupun bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik, namun potensi gangguan harga adalah sesuatu yang tidak dapat dielak. 

__ 

 

Dan, pemandu treler positif dadah yang terbabit kemalangan mengorbankan nyawa tiga sekeluarga Khamis lalu didakwa di Mahkamah Majistret Segamat atas tiga pertuduhan membunuh. 

 

Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

 

Mahkamah tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan sebutan semula kes pada 21 Mei depan. 

ERA Muzik Hit Terkini