Skip to main content
BERITA| Laluan Ampang beroperasi dalam mod sementara bermula hari ini - Rapid KL

Rapid KL memaklumkan LRT Laluan Ampang akan beroperasi dalam mod operasi sementara bermula hari ini.

 

Penumpang antara Ampang ke Sentul Timur perlu membuat satu pertukaran tren di Stesen Chan Sow Lin, yang dijangka menambah kira-kira lima minit kepada tempoh perjalanan.

 

Ia turut memaklumkan perjalanan antara Putra Heights dan Sentul Timur kembali beroperasi seperti biasa tanpa perlu sebarang pertukaran tren.

__

 

Polis digesa segerakan siasatan kemalangan yang mengorbankan lima nyawa di Simpang Renggam, Johor, Isnin lalu.

 

Menteri Pengangkutan berkata langkah itu penting bagi membolehkan kertas siasatan dirujuk segera kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

 

Terdahulu, seorang lelaki dipercayai memandu kenderaan secara laju sebelum hilang kawalan dan rempuh beberapa kenderaan di laluan bertentangan.

__

 

Dan, sindiket penipuan dalam talian yang sebelum ini beroperasi di Myanmar, Laos, dan Kemboja, kini dikesan memindahkan pangkalan mereka dan beroperasi secara aktif di negara ini.

 

Menurut Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Malaysia dijadikan sebagai pusat operasi terbaharu bagi elak daripada dikesan susulan operasi besarbesaran dilakukan FBI.

 

Pihaknya berkata sindiket berkenaan bukan sahaja menjadikan Malaysia sebagai sasaran malah beberapa negara di luar benua Asia.

ERA Muzik Hit Terkini