Lokasi mayat murid Tingkatan Empat yang ditemukan di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, tidak mempunyai CCTV.
Menteri Pendidikan berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan KPM dengan perkembangan mengenai perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dalam kejadian itu, mangsa ditemukan berlumurah darah dengan beberapa kecederaan di sebuah dewan sekolah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Setakat ini, tiga suspek lelaki berusia 16 tahun ditahan dengan seorang daripadanya direman enam hari bagi bantu siasatan.