Skip to main content
BERITA| Malaysia Masih Bertahan Di Saat Konflik Asia Barat

Fasa pemulihan susulan tempias konflik Asia Barat mungkin ambil masa yang panjang.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara masih berada dalam keadaan ekonomi yang stabil.

"Bila perkara ini berlaku, dia tentunya jejaskan rantaian bekalan global, khususnya tenaga. Dan Malaysia tidak terkecuali. Cuma kita harus bersyukur kerana kita memasuki fasa ini dalam keadaan ekonomi yang relatif lebih stabil. Kita dapat bertahan."

Tambah beliau, kerajaan akan terus pantau rantaian bekalan dan ambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan serta kesejahteraan rakyat.

.....

Kerajaan akan mendedahkan hasil siasatan terhadap isu saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan dakwaan 'mafia korporat' apabila tiba masanya.

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata pendedahan hanya dibuat selepas prosedur lengkap diselesaikan dan mendapat maklum balas Ketua Setiausaha Negara.

.....

Dalam pada itu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 termasuk melibatkan had tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang semula pada sidang Parlimen akan datang.

.....

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 dilapor melanda Utara Laut Maluku, Indonesia hampir pukul 7 pagi tadi.

MetMalaysia memaklumkan setakat ini tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan pihaknya sedang memantau kejadian itu.

.....

Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda sejumlah kawasan di Sarawak termasuk di Sri Aman, Sibu, Mukah dan Miri sehingga 11 pagi ini.

.....

Dan bomba memaklumkan tiga beranak dilaporkan melecur dalam kebakaran di rumah mereka di Tumpat, Kelantan petang semalam.

ERA Muzik Hit Terkini