
BERITA| Murid Tahun 6 Cedera Selepas Mercun Dibawa Ke Sekolah Meletup
Seorang murid tahun 6 cedera selepas mercun yang dibawanya meletup dalam kejadian di sebuah sekolah di Muar, Johor semalam.
Siasatan awal polis mendapati murid berkenaan dipercayai terpengaruh dengan kandungan berkaitan insiden keganasan yang ditonton melalui media sosial dan internet.
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti keseluruhan faktor yang mendorong insiden itu berlaku.
Menurut polis, murid terbabit juga kini direman 4 hari bagi membantu siasatan.