Skip to main content
BERITA| Nahas Sungai Petani: Polis siasat semua aspek, hantar SUV ke PUSPAKOM

Orang ramai diminta hentikan sebarang spekulasi berhubung kemalangan yang meragut nyawa enam sekeluarga di Sungai Petani, semalam. 

 

Ketua Polis Kedah berkata ia bagi beri ruang kepada pihaknya jalankan siasatan penuh bagi mengetahui punca sebenar kejadian melibatkan sebuah kenderaan SUV dan lori muatan tanah. 

 

Pihaknya turut meneliti semua aspek termasuk keadaan teknikal kenderaan berkenaan yang difahamkan baru diterima pemiliknya pada pagi kejadian.  

 

Sementar itu, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan berkenaan dijangka direman hari ini untuk siasatan. 

__ 

 

Peminat aktiviti mendaki, khususnya golongan wanita dinasihatkan supaya tidak melakukan pendakian secara solo bagi elak kejadian tidak diingini.  

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pendaki wanita perlu berteman selain membuat persediaan rapi. 

 

Semua pendaki turut disaran memaklumkan lokasi dan jadual pendakian kepada pihak berkuasa bagi memudahkan tindakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.  

 

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada komuniti Orang Asli yang membantu dalam usaha mengesan pendaki wanita hilang selama 14 hari di Gunung Batu Putih, Perak. 

__ 

 

Dan, gempa bumi kuat 7.9 magnitud berlaku dekat Mindanao, Filipina kira-kira jam 7.40 pagi tadi.  

 

Gegarannya dilapor turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah dan MetMalaysia sedang memantau perkembangan kejadian itu. 

ERA Muzik Hit Terkini