Skip to main content
BERITA| Operasi pembenihan awan di 4 negeri minggu hadapan - TPM

 

Kerajaan meningkatkan tahap kesiapsiagaan di seluruh negara susulan cuaca panas melampau yang melanda beberapa kawasan. 

 

Timbalan Perdana Menteri berkata arahan telah dikeluarkan bagi memperkasa kesiapsiagaan di peringkat negeri termasuk mengaktifkan Pusat Kawalan Bencana Negeri.  

 

Tambah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, NADMA akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan di Perak, Kedah, Perlis dan Johor bermula Isnin hingga Khamis depan. 

 

Ia sebagai langkah proaktif menangani penurunan paras takungan air empangan akibat cuaca panas. 

__

 

Sementara itu, fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini memberi kesan ketara. 

 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Encik Ambun Dindang berkata antaranya termasuk kekurangan sumber air disebabkan penurunan paras takungan air empangan. 

 

Jelasnya lagi, keadaan panas yang berlaku terutama di utara Semenanjung Malaysia adalah disebabkan fasa peralihan monsun. 

 

Ketika ini, tujuh kawasan di Kedah, Kelantan dan Pahang merekodkan cuaca panas tahap 1 atau berjaga-jaga. 

__ 

 

Dan, konflik Asia Barat mampu beri kesan langsung kepada bekalan air di Malaysia. 

 

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata ia lebih memburukkan keadaan dengan situasi cuaca panas yang melanda negara ketika ini. 

 

Tambahnya, antara risiko yang boleh menggugat bekalan air termasuk kos tenaga dan logistik jika situasi ketegangan Selat Hormuz berlarutan. 

 

Jelasnya, ia menjejaskan perkhidmatan air apabila stok bahan kimia rawatan air serta alat ganti mekanikal dan elektrikal berdepan risiko kelewatan.   

ERA Muzik Hit Terkini