
BERITA| Pasport Malaysia Antarabangsa Versi Baru Dilancarkan
Pasport Malaysia Antarabangsa versi baru yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan kini dilancarkan.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lobi Parlimen.
Pasport baru itu menampilkan pelbagai penambahbaikan termasuk cetakan ultraungu dan ciri forensik khas yang menjadikannya lebih sukar dipalsukan.
Menurut KDN, pengeluaran pasport baru itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai esok sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
Susulan itu orang ramai dinasihatkan jangan tergesa-gesa menukar pasport sedia ada sekiranya ia masih sah digunakan sehingga 6 bulan sebelum tempoh tamat.