Skip to main content
BERITA| Pasport Malaysia hingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun yang akan dilaksana tahun ini.

 

Menurut Jabatan Imigresen, individu berumur 18 tahun ke atas boleh mendapatkan passport itu pada kadar bayaran RM350 manakala warga emas hanya dikenakan RM175.

 

Golongan OKU berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar pula layak mendapatkan pasport berkenaan secara percuma.

 

Warta itu turut menetapkan kenaikan bayaran bagi penggantian passport yang rosak atau hilang.

__

 

Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan meneliti semula SOP pendakian di negeri itu.

 

Pihaknya berkata semakan semula itu melibatkan keseluruhan aspek pengurusan pendakian termasuk tahap keselamatan serta kapasiti tampungan.

 

Jelasnya lagi, walaupun SOP sedia ada masih relevan, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan susulan peningkatan kes melibatkan pendaki sesat dan hilang.

 

Dalam pada itu, laluan pendakian Gunung Batu Putih di Tapah ditutup sementara bagi beri laluan kepada operasi mencari dan menyelamat pendaki wanita hilang sejak 24 Mei lalu.

__

 

Dan, Wisma Putra pantau rapat perkembangan semasa susulan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait.

 

Pihaknya memaklumkan setakat ini tiada laporan diterima mengenai mana-mana rakyat Malaysia terjejas akibat insiden tersebut.

 

Serangan itu mengakibatkan seorang warga India terbunuh manakala lebih 60 lagi cedera.

ERA Muzik Hit Terkini