
BERITA| Peka Dengan Tanda Awal Masalah Paru-paru Ekoran Jerebu
Orang ramai dinasihatkan peka dengan tanda awal masalah paru-paru ekoran jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.
Pakar Perubatan berkata perubahan kecil pada corak penafasan, selera makan dan tahap tenaga boleh jadi tanda awal bahawa paru-paru sudah mula terjejas.
Justeru, orang ramai disaran segera dapatkan rawatan perubatan jika masalah sesak nafas,batuk atau mengah semakin teruk atau jika ubat yang selalu diambil tidak lagi beri kelegaan.
Kali terakhir disemak, hanya 8 kawasan di Selangor, KL, Putrajaya dan Negeri Sembilan catat IPU tidak sihat pagi ini berbanding lebih 20 semalam.
Dalam perkembangan lain, Malaysia masih tunggu maklum balas Indonesia berhubung usaha hantar bantuan memadamkan kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan