
BERITA| Pelumba Haram Bakal Berdepan Tindakan Berat
Kerajaan sedang melaksanakan langkah tegas dan komprehensif bagi membanteras kegiatan lumba haram di seluruh negara.
Menteri Pengangkutan berkata usaha itu diterjemahkan menerusi RUU Pengangkutan Jalan Pindaan 2026 yang memperkenalkan kesalahan khusus bagi kegiatan lumba haram.
Tegas Anthony Loke, pemandu lumba haram yang menyebabkan kematian tidak akan dilayan sebagai pesalah trafik biasa, sebaliknya berdepan tindakan undang-undang paling berat.
Dalam pada itu, kerajaan turut cadangkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan mahkamah mengarahkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa atau waris kemalangan.