Skip to main content
BERITA | Pengampunan Bersyarat Datuk Seri Najib Tidak Jejas Ketegasan Kerajaan Perangi Rasuah

 

BERITA | Pengampunan Bersyarat Datuk Seri Najib Tidak Jejas Ketegasan Kerajaan Perangi Rasuah

Pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jalani baki hukuman secara tahanan rumah tidak jejaskan ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa. 

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semua kes rasuah, termasuk melibatkan Najib yang masih berjalan, perlu diteruskan mengikut proses dan landasan undang-undang.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.   

Bagaimanapun menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, ia tertakluk sekiranya beliau membayar denda berjumlah RM50 juta.

Bekas Perdana Menteri itu turut diwajibkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang jalani tahanan di rumah. 

Sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.

ERA Muzik Hit Terkini