
BERITA| Penggantian Dokumen Mangsa Kebakaran Sandakan Hanya Untuk Wargenagara
Perdana Menteri beri jaminan tiada pemberian kad pengenalan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang bukan warganegara.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Kementerian Dalam Negeri mempunyai rekod terperinci menentukan kewarganegaraan dalam proses penggantian dokumen.
Beliau dalam pada itu umum proses penggantian dokumen pengenalan diri dan berkaitan buat mangsa tragedi itu akan dilakukan secara percuma.
JPN melalui perkhidmatan bergerak akan ke lapangan untuk bantu proses gantian dokumen antaranya sijil kelahiran, MyKid, Mykad dan sijil kematian.