Skip to main content
BERITA| Permohonan MyKad Baru Terima Sambutan Menggalakkan

 

BERITA| Permohonan MyKad Baru Terima Sambutan Menggalakkan

JPN terima sambutan menggalakkan pada hari pertama operasi MyKad baru hari ini dengan jumlah pemohon meningkat kira-kira 60 peratus berbanding kebiasaan. 

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN berkata setakat ini operasi berjalan lancar. 

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai tidak perlu tergesa-gesa untuk dapatkan MyKad generasi baru kerana tempoh penggantian masih panjang. 

Dalam perkembangan berkaitan, pertukaran kepada MyKad generasi baru tidak menyebabkan baki atau kelayakan Sumbangan Asas Rahmah, SARA hilang. 

Ini kerana baki dan kelayakan SARA tidak disimpan di dalam MyKad sebaliknya direkodkan dalam sistem SARA 

Justeru, MyKad baru kekal sebagai dokumen pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia dan boleh terus digunakan bagi urusan bantuan serta subsidi kerajaan.

ERA Muzik Hit Terkini