Skip to main content
BERITA| PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari guna lebuh raya bermula esok hingga Ahad

PLUS jangkakan peningkatan trafik dengan jumlah kenderaan dijangka mencecah hampir 2.2 juta sehari ke Lembah Klang bermula esok hingga Ahad selepas cuti panjang.

 

Bagi kelancaran trafik, pihaknya mengaktifkan laluan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan di sepanjang lebuh rayanya.

 

Untuk info trafik terkini, layari laman rasmi Astro Audio Traffic di platform Facebook, X dan Threads.

__

 

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tragis remaja lelaki di Losong, Terengganu, bulan lalu.

 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan syarat tambahan iaitu lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai. 

 

Terdahulu, tular di media sosial sebuah kereta hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu jalan yang menghempap mangsa yang juga penumpang sebuah van di laluan bertentangan.

__

 

Dan, Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM10 juta bagi membekalkan bahan bacaan berkualiti kepada semua prasekolah di seluruh negara.

 

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam memperkukuh budaya membaca dan pembelajaran sejak usia muda.

 

Sementara itu, pengagihan Baucar Buku kepada murid akan dilakukan selepas sesi persekolahan disambung semula. 

ERA Muzik Hit Terkini