Perdana Menteri arahkan bantuan segera disalurkan kepada waris anggota PDRM yang maut selepas van dinaiki bersama 10 anggota lain terbabit nahas di Lebuhraya PLUS dekat Tapah, Perak.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Setiausaha Politik beliau akan menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa serta anggota polis yang terlibat.
Beliau juga merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan hadapi kehilangan tersebut.