Skip to main content
BERITA| PM Seru Ibu Bapa Hadir Ke Sekolah Ambil Bantuan RM200 Anak-Anak

 

BERITA| PM Seru Ibu Bapa Hadir Ke Sekolah Ambil Bantuan RM200 Anak-Anak

Perdana Menteri menyeru ibu bapa supaya hadir ke sekolah bagi membolehkan anak-anak terima bantuan RM200 yang akan disalurkan kerajaan mulai tahun depan. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu tidak akan diserahkan terus ke rumah kerana mahu memastikan ibu bapa turut terlibat dalam perkembangan pendidikan anak-anak. 

Jelas beliau, kehadiran ibu bapa ke sekolah juga beri peluang kepada mereka bertemu guru bagi mendapatkan nasihat berkaitan pendidikan dan pembentukan sahsiah anak-anak.

 

ERA Muzik Hit Terkini