
BERITA| PM Seru Semua Pihak Bekerjasama Hadapi Krisis Global
Perdana Menteri menyeru semua pihak untuk terus bekerjasama dalam mencari penyelesaian ketika berdepan krisis tenaga global.
Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, fokus ketika ini adalah usaha untuk tangani cabaran negara dan bukannya pertarungan politik.
Beliau berkata demikian sambil beri bayangan bahawa Pilihan Raya Umum tidak akan diadakan dalam masa terdekat.
Sementara itu, kerajaan sedang kaji keperluan untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi mengambil kira pelbagai implikasi semasa.
Jelas Perdana Menteri, fokus utama ketika ini adalah memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi bagi elak rakyat terbeban dengan situasi ekonomi semasa.