Skip to main content
BERITA| PMX saran majikan swasta pertimbang kerja fleksibel & BDR, tangani krisi tenaga global

Majikan swasta diseru pertimbangkan aturan kerja fleksibel seperti dilaksanakan sektor awam, termasuk amalan bekerja dari rumah (BDR).

 

Saranan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan api, meredakan tekanan kos serta mengekalkan produktiviti dan moral tenaga kerja.

 

Terdahulu, Menteri Komunikasi memaklumkan dasar BDR dalam sektor awam sejak 15 April lalu membawa penjimatan ketara kira-kira 334,000 liter minyak dalam tempoh seminggu.

 

Ia bersamaan dengan lebih RM670,000, hasil daripada pengurangan pergerakan 155,000 penjawat awam. 

__

 

Kes kemalangan maut di Lebuhraya MEX yang mengorbankan seorang lelaki Bangladesh disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Suspek yang juga pegawai tentera kini direman lima hari bagi bantu siasatan.

 

Terdahulu, suspek dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kenderaan e-hailing membawa dua penumpang warga Bangladesh dari KLIA.

 

Lelaki warga Bangladesh yang maut dikenal pasti sebagai seorang pempengaruh permainan video terkenal manakala isterinya dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di HKL.

 

Pasangan berkenaan dipercayai baru tiba di Malaysia untuk bercuti selama seminggu di ibu negara.

__

 

Dan, seorang pemandu bas ekspres dipenjara tujuh bulan dan denda RM8,000 kerana memandu dalam keadaan khayal ketika dalam perjalanan dari Perak ke Johor Bahru, minggu lalu.

 

Tertuduh juga bakal didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

ERA Muzik Hit Terkini