Skip to main content
BERITA| PRN diadakan secara berasingan didorong oleh pertimbangan pentadbiran logistik dan perundangan

Pertimbangan pentadbiran logistik dan perundangan menjadi antara faktor PRN Johor dan Negeri Sembilan tidak diadakan secara serentak. 

 

Jelas Penganalisis Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakob, ia membolehkan SPR beri tumpuan lebih menyeluruh terhadap operasi termasuk pengurusan petugas, keselamatan dan proses pengiraan undi. 

 

Dalam pada itu, beliau berkata ia turut beri kelebihan kepada semua parti untuk beri sepenuh perhatian termasuk kepimpinan kepada satu negeri pada satu masa. 

 

Bagaimanapun, pilihan raya yang diadakan secara berasingan lazimnya mengambil tempoh yang lebih panjang. 

 

Sehubungan itu, Dr Mohammad Tawfiq menjelaskan ia sekali gus boleh menyebabkan keletihan dalam kalangan pengundi dan jentera parti.   

 

SPR menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos. 

__ 

 

Sementara itu, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya menghormati peraturan dan etika kempen PRN Johor dan Negeri Sembilan. 

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta SPR untuk jalankan tanggungjawab dengan baik dan bebas bagi menjamin perjalanan pilihan raya di kedua-dua negeri itu. 

__ 

 

Dan, Jabatan Perhutanan Selangor mengumumkan penutupan sementara permohonan bagi jalankan aktiviti pendakian di semua Hutan Simpanan Kekal di negeri itu bermula 1 Julai ini. 

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan. 

Sementara itu, seorang lelaki direman empat hari bagi bantu siasatan kes fitnah terhadap Tok Batin Kampung Orang Asli berkaitan penemuan pendaki hilang di Gunung Batu Putih, Perak. 

ERA Muzik Hit Terkini