Skip to main content
BERITA| Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Tidak Akan Dibatalkan Ekoran Jerebu

 

BERITA| Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Tidak Akan Dibatalkan Ekoran Jerebu 

Sambutan Hari Kebangsaan pada Isnin depan tidak akan dibatalkan susulan jerebu yang melanda negara.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata skala atau lokasi penganjurannya mungkin diubah demi keselamatan dan kesihatan peserta serta pengunjung. 

Tambah beliau, Jemaah Menteri memutuskan supaya Ketua Setiausaha Negara mengadakan perbincangan bersama kementerian dan jabatan berkaitan bagi meneliti perkara berkenaan.

Sebagai rekod, sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos ini dijadual berlangsung di Dataran Putrajaya.

 

ERA Muzik Hit Terkini