Skip to main content
BERITA| Saranan PM Turunkan Sewa Premis Perniagaan Disambut Baik

 

BERITA| Saranan PM Turunkan Sewa Premis Perniagaan Disambut Baik

Saranan Perdana Menteri agar sewa premis perniagaan milik agensi Kerajaan Persekutuan diturunkan bagi bantu peniaga kecil disambut baik oleh banyak pihak.

Antaranya kerajaan Melaka yang mengumumkan pengecualian sewa kepada peniaga yang menyewa premis perniagaan milik PBT-nya selama sebulan pada Julai ini.

Perbadanan Melaka juga tawar pengurangan kadar sewaan bagi premis milik agensi kerajaan negeri dan anak syarikat hingga 30 peratus bagi tempoh sama.

Sementara itu, kerajaan Negeri Sembilan sedang teliti cadangan penurunan atau potongan sementara kadar sewa gerai milik PBT.

Ia sebagai langkah membantu peniaga kecil menghadapi tekanan ekonomi semasa.

Terdahulu, MARA tawar diskaun sewaan sebanyak 20 peratus ke atas premis-premis perniagaan di bawah seliaannnya di seluruh negara

 

ERA Muzik Hit Terkini