Rakyat Malaysia diseru untuk lebih peka bagi memastikan penggunaan dan pemasangan Jalur Gemilang dilakukan dengan betul sebelum mengibarkannya.
Menteri Perpaduan Negara berkata Jalur Gemilang ialah lambang negara yang wajib dihormati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.
Tambah Datuk Aaron Ago Dagang, prinsip yang sama perlu diterapkan dalam penggunaan Jalur Gemilang di media sosial termasuk kandungan janaan AI.
.....
KKM memperketat kawalan kargo dan pintu masuk udara menerusi kerjasama strategik bagi menangani aktiviti penyeludupan ubat.
Hal ini untuk memutuskan rantaian sindiket berkenaan daripada memasuki pasaran tempatan sekali gus memastikan hanya produk yang selamat kepada pengguna.
.....
Kerajaan Melaka akan meneliti cadangan menetapkan gaji asas antara RM2,500 hingga RM2,800 sebelum mengemukakan syor mengenainya kepada kerajaan Persekutuan.
Pihaknya berkata penelitian dan penilaian akan dibuat daripada pelbagai sudut bagi memastikan cadangan berkenaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
......
Kesemua sampel DNA waris terdekat kepada 55 rakyat Malaysia yang masih gagal dikesan susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal selesai diperoleh.
.....
Dan polis Pahang sedang siasat dakwaan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menerima layanan kasar daripada pengasuh di sebuah taska di Mentakab.