
BERITA| Semua Juruterbang Malaysia Airlines Wajib Jalani Ujian Saringan Dadah
Kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines wajib jalani ujian saringan dadah.
Menurut Malaysia Aviation Group, pihaknya juga akan laksanakan pemeriksaan lebih ketat ke atas semua juruterbang aktif bagi memperkukuh keselamatan operasi penerbangan.
Tambah MAG, saringan dadah mandatori itu akan dilaksanakan terhadap semua juruterbang sebagai tambahan kepada ujian rawak sedia ada, sebelum diperluas kepada kru kabin.
Dalam pada itu pihaknya sahkan juruterbang Malaysia yang ditahan selepas disyaki cuba seludup dadah ke Indonesia, baru-baru ini tidak mengendalikan pesawat ketika kejadian.
Sebaliknya individu itu hanya berperanan sebagai pemerhati dan pesawat itu dikendalikan dengan selamat oleh 2 juruterbang lain.