Skip to main content
BERITA| Semua Sekolah Di Sarawak Diminta Pantau Bacaan IPU Ekoran Jerebu

 

BERITA| Semua Sekolah Di Sarawak Diminta Pantau Bacaan IPU Ekoran Jerebu

Jabatan Pendidikan Sarawak minta semua sekolah di negeri itu sentiasa pantau bacaan IPU di kawasan masing-masing susulan jerebu rentas sempadan. 

Institusi pendidikan di bawah jabatan itu diminta untuk tangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas. 

Tambahnya, bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah melibatkan murid hendaklah dihentikan. 

Murid juga dinasihatkan pakai penutup hidung dan minum air dalam kuantiti sesuai dengan kerap bagi mengawal suhu badan. 

9 kawasan di Sarawak masih catat IPU tidak sihat antaranya Samarahan, Serian, Kuching, Sarikei, Mukah dan Bintulu. 

ERA Muzik Hit Terkini