
Kerajaan mengekalkan subsidi bahan api untuk rakyat Malaysia, meskipun terdapat penurunan harga minyak global susulan pengumuman gencatan senjata Amerika Syarikat-Iran.
Jelas Kementerian Kewangan, ini kerana sebarang penurunan harga global tidak serta-merta diterjemahkan kepada harga runcit yang lebih rendah di negara ini.
Menurutnya lagi, harga di stesen minyak ditentukan berdasarkan harga purata bahan api sepanjang minggu sebelumnya.
Terdahulu MOF mengumumkan harga subsidi petrol RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter untuk seminggu ke depan bermula hari ini.
Manakala harga diesel tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen seliter.
__
Semua calon yang peroleh keputusan cemerlang 10A ke atas dalam peperiksaan SPM 2025 akan ditawarkan tempat ke Program Matrikulasi KPM.
KPM memaklumkan tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon program berkenaan tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang.
__
Dan, pergerakan kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz dilapor telah dihentikan susulan serangan Israel ke atas Lubnan.
Sekurang-kurang 250 orang terkorban akibat serangan udara berskala besar oleh rejim zionis itu hanya beberapa jam selepas gencatan senjata Amerika Syarikat-Iran diumumkan.