MetMalaysia jangka fenomena Super El Nino bermula November ini.
Timbalan Ketua Pengarah Operasinya berkata, ia berpotensi meningkatkan risiko cuaca lebih panas, pengurangan hujan dan kejadian jerebu.
Jelasnya, Malaysia dijangka alami pengurangan taburan hujan yang ketara serta peningkatan suhu awal tahun hadapan sekiranya ramalan tersebut menjadi kenyataan.