Skip to main content
BERITA| Suspek tikam wanita direman 7 hari

Lelaki yang melarikan diri selepas disyaki tikam wanita dalam kejadian di Kepala Batas, Kedah, malam tadi direman tujuh hari.

 

Ketua Polis Daerah Kota Setar berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 

Dalam kejadian itu, seorang wanita yang juga penjawat awam cedera parah ditikam suspek, di dalam kereta.

 

Namun mangsa kini dilapor berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan di hospital.

__

Kes bunuh di negeri itu melonjak lebih 100 peratus bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

 

Ketua Polis Kelantan berkata sebanyak lima kes jenayah bunuh direkodkan setakat ini berbanding hanya satu kes tahun lalu.

__

 

Dan, MCMC sedang memuktamadkan kod keselamatan bagi menyediakan ruang digital yang lebih selamat dengan pelaksanaannya dijangka bulan depan. 

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, kod keselamatan itu membolehkan kandungan yang mempunyai unsur tidak selamat disekat dan diturunkan dengan segera.

Berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 100 kes melibatkan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak direkodkan bagi tempoh Januari lalu hingga kini.

ERA Muzik Hit Terkini