Tiada cadangan untuk minta kerajaan Singapura beri kelonggaran kepada rakyat Malaysia di negara itu pulang mengundi bagi PRN Johor, Sabtu ini.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketetapan itu mengambil kira pendirian Putrajaya yang enggan sebarang campur tangan negara luar dalam urusan pilihan raya.
PRN Johor ke-16 akan berlangsung pada 11 Julai, dengan pengundian awal melibatkan lebih 24,000 orang berlangsung hari ini.