Skip to main content
BERITA| Tiada had jumlah kemasukan ke IPT - KPT

Tiada had khusus ditetapkan bagi jumlah kemasukan lepasan SPM dan STPM ke institusi pengajian tinggi. 

 

Sebaliknya Menteri Pendidikan Tinggi berkata mereka diberi ruang seluas-luasnya untuk melanjutkan pengajian mengikut minat serta kelayakan masing-masing. 

 

Menurutnya lagi, sejumlah 100,000 pelajar lepasan SPM dan 75,000 pelajar STPM tahun ini berpeluang melanjutkan pengajian bukan sahaja di universiti malah dalam bidang kemahiran seperti TVET. 

__ 

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat akan menyelaras usaha dari segi keperluan asas, penempatan sementara serta kebajikan mangsa kebakaran di Sandakan, Sabah. 

 

Timbalan Perdana Menteri berkata keutamaan ketika ini ialah memastikan keselamatan mangsa dan penyaluran bantuan segera di lapangan. 

 

Kebakaran memusnahkan kira-kira 1,000 rumah itu didakwa berpunca daripada kecuaian seorang penghuni yang meninggalkan masakan di dapur  

__ 

 

Dan, seorang lelaki ditahan susulan kejadian tembakan mengorbankan tiga individu di sebuah restoran di Kota Tinggi, Johor, semalam. 

 

Polis berkata motif kejadian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia  berkaitan masalah hutang peribadi.

ERA Muzik Hit Terkini