Skip to main content
BERITA| Tiada lagi caj RM1 untuk pengeluaran ATM interbank mulai 1 Julai

Tiada lagi caj RM1 dikenakan bagi pengeluaran tunai antara bank mulai 1 Julai ini. 

 

Pengecualian itu terpakai kepada semua ATM dan SRM yang dikendalikan bank di seluruh negara. 

 

Inisiatif itu membolehkan pemegang kad debit Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM tanpa mengira bank pengeluar kad.  

__ 

 

JBPM bersiap siaga bagi hadapi kemungkinan peningkatan risiko bencana susulan fenomena El Nino yang dijangka berterusan hingga awal tahun depan. 

 

Pihaknya menggerakkan persediaan operasi, logistik dan koordinasi antara agensi secara menyeluruh bagi memastikan keupayaan respons kekal berada pada tahap optimum. 

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut menasihatkan orang ramai sentiasa bersedia dan peka terhadap perubahan cuaca. 

 

Katanya, fenomena itu dijangka menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering daripada biasa sepanjang Monsun Barat Daya. 

 

Ia sekali gus berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan, selain meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan serta kejadian jerebu. 

__ 

 

Dan, seorang lelaki warga emas disyaki merogol cucu perempuannya berusia 13 tahun di Batu Pahat, Johor, disambung reman empat hari lagi untuk siasatan. 

 

Terdahulu, suspek direman enam hari selepas ditahan susulan pendedahan mangsa yang mendakwa menjadi mangsa rogol dengan kejadian terakhir dipercayai berlaku Disember lalu. 

 

ERA Muzik Hit Terkini