Usaha diplomatik digerakkan bagi mendesak pembebasan aktivis Misi Global Sumud Flotilla 2.0 yang ditahan Israel ketika berlayar hantar bantuan ke Gaza.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara berkata tentera rejim Zionis telah memintas kesemua 50 kapal membawa lebih 420 aktivis dari 44 negara.
Terdahulu, Pusat Kawalan Sumud Nusantara sahkan empat lagi peserta GSF rakyat Malaysia ditahan menjadikan 29 warga kita kini berada dalam tahanan rejim zionis.
__
PLUS jangkakan lebih 2.2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya setiap hari sempena perayaan Aidiladha dan cuti sekolah yang bermula Jumaat ini.
Bagi memastikan kelancaran trafik, PLUS akan mengaktifkan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan serta membuka semua lorong di plaza tol.
__
Dan, tiada kes Ebola dilaporkan di Malaysia walaupun wabak itu kini melanda Congo dan Uganda.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan terus memperkukuh langkah kesiapsiagaan dan pemantauan, mengambil kira risiko penyebaran kes melalui perjalanan antarabangsa.