Skip to main content
BERITA| Wajibkan CCTV, pemeriksaan beg sekolah - MCCC

 

Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia, MCCC gesa kerajaan mewajibkan pemasangan CCTV di semua sekolah seluruh negara.

 

Pengerusi MCCC Pahang menegaskan ia sebagai langkah pencegahan bagi memastikan insiden keganasan di institusi pendidikan tidak terus berulang.

 

Selain pemasangan CCTV, beliau turut cadangkan SOP pemeriksaan beg pelajar di pintu masuk bagi memastikan tiada objek berbahaya dibawa yang boleh ancam keselamatan warga sekolah.

 

Ia susulan beberapa kejadian termasuk insiden tikaman di sebuah sekolah di Banting, Selangor sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat. 

 

ERA Muzik Hit Terkini