Skip to main content
BERITA| Warga Asing Termasuk Rohingya Tidak Terima Subsidi Rawatan

 

BERITA| Warga Asing Termasuk Rohingya Tidak Terima Subsidi Rawatan

Warga asing termasuk Rohingya tidak terima subsidi rawatan malah dikenakan caj lebih tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan menjelaskan perkara itu susulan isu tular kos rawatan warga asing termasuk Rohingya yang telah menimbulkan kerisauan rakyat.

KKM juga tidak ambil mudah isu tunggakan bayaran dan telah memperketat langkah kutipan termasuk tindakan terhadap majikan yang gagal jelaskan kos rawatan pekerja asing.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan sedang laksanakan proses pengumpulan data dan maklumat biometrik yang lebih menyeluruh dalam kategori pelarian.

Menurut Menteri Dalam Negeri,isu pelarian merupakan isu legasi yang berlarutan sejak sekian lama dengan antara cabaran terbesar adalah ketiadaan data yang lengkap dan tepat.

 

ERA Muzik Hit Terkini