PDRM bercadang menggunakan kit ujian air liur di sekatan jalan raya sebagai langkah mempercepat proses saringan dan membanteras penyalahgunaan dadah sintetik.
Menurut Bukit Aman, kit berkenaan mampu mengesan kandungan dadah dengan lebih pantas berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan ujian air kencing.
Ia susulan kira-kira 100 kes dengan lebih 130 tangkapan direkodkan sepanjang tahun lalu, meningkat kepada hampir 170 kes sehingga 10 Jun tahun ini.
Katanya, peningkatan itu membimbangkan kerana bukan sahaja melibatkan golongan dewasa, malah turut membabitkan remaja termasuk pelajar sekolah.
__
Bekas Pengerusi FELDA, Mohd Isa Abdul Samad, kekal dipenjarakan enam tahun dan didenda RM15.45 juta atas pertuduhan rasuah lebih RM3 juta, 12 tahun lalu.
Ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk menyemak sabitan dan hukuman itu.
__
Dan, seorang pengasuh direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuan berusia 11 bulan di Sungai Petani, Kedah, semalam.
Mangsa dilapor terjatuh dari kerusi ketika disuap makan di rumah pengasuh sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.