
Pembelian Petrol & Diesel Selain Untuk Tangki Kenderaan Perlu Permit Khas
Sebarang pembelian petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki asal kenderaan bagi tujuan persendirian perlu mohon permit khas.
Menurut KPDN, ia bagi elak barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tambahnya, pembelian menggunakan Permit Khas ini adalah untuk kuantiti 20 liter ke atas sahaja dan berdasarkan kepada harga pam semasa di stesen minyak.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pengisian petrol ke dalam tong dilapor berlaku di Johor yang viral di media sosial.