Start Date
End Date
Postcode
55100
Personal email
ainabatrisyiauzma@gmail.com
Company Email
ainabatrisyiauzma@gmail.com
Contact number
017-3734564
Display Contact Details
On
Description
Sebuah projek yang berkonsepkan pertandingan rap yang diberi nama Arena Rap Tradisi merupakan anjuran pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun Akhir, Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan (ASWARA). Pertandingan ini disusuli dengan tiga (3) pusingan iaitu Saringan Chyper, Saringan Rap Battle dan Malam Kemuncak. Malam Kemuncak akan berlangsung pada 23 Januari 2021. Kesemua pusingan ini akan bersiaran langsung di Facebook Page (Arena Rap Tradisi).
Projek ini telah diinspirasikan daripada elemen tradisional dan digabungkan dengan elemen rap yang begitu sinonim dengan perbuatan menyampaikan puisi secara lisan dengan bait - bait perkataan yang diiringi dengan ritma atau melodi.
Pertandingan ini mengetengahkan elemen-elemen tradisional seperti olahan lirik daripada puisi tradisional seperti pantun, syair dan gurindam serta penggunaan beberapa alat muzik tradisional dalam membentuk ritma dan irama yang akan mengiringi penyampaian rap di dalam segmen-segmen tertentu. Kesemua elemen ini merupakan keistimewaan dan kelainan bagi pertandingan ini selain penetapan tema yang berunsurkan seni dan budaya Malaysia yang akan diberikan kepada peserta.
Selain itu, stail dan variasi rap para peserta juga akan ditekankan di dalam pertandingan ini. Antara juri tetap bagi pertandingan ini ialah Encik Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad atau dikenali sebagai Altimet yang merupakan seorang komposer, penyanyi dan rapper yang telah lama berkecimpung di dalam industri seni tanah air. Seterusnya, Encik Azrie Izham merupakan seorang penulis skrip, penulis kreatif dan pensyarah di ASWARA.
Projek Arena Rap Tradisi ini diharapkan agar dapat membuka peluang perkongsian ilmu pengetahuan baharu yang berkait rapat dengan edu-taiment malahan ia mampu menjadi satu konteks silibus pendidikan seni persembahan di Malaysia. Acara ini akan melibatkan ahli-ahli akademik, penggiat seni tanah akhir, serta peminat - peminat budaya Hip Hop atau rap khususnya.
Target Audience
general_audience
Infozone Category
State
Days
Saturday
Website
https://www.facebook.com/Arena.Rap.Tradisi / https://www.instagram.com/kagi.production/
Venue
Facebook Page Arena Rap Tradisi
Ticket admission
Percuma