Skip to main content

Advertisement

Submitted by era@astro.my.com on
Start Date
End Date
Postcode
13700
Company Email
nurhidayah@jkkn.gov.my
Contact number
0195596404
Display Contact Details
On
Description
Pelaksanaan Festival ini bertujuan untuk menyemarak dan mengembangkan kesenian Boria melalui himpunan boria generasi lama dan generasi baharu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Pulau Pinang. Festival ini turut mengangkat persembahan Boria sebagai salah satu seni persembahan yang menjadi identiti Pulau Pinang. Festival Boria kali ini ialah pengunjung berpeluang menikmati persembahan sebelas (11) buah kumpulan boria yang masih aktif di Pulau Pinang. Antara kumpulan boria yang akan membuat persembahan ialah Kumpulan Boria Kombinasi Kg.Melayu, Kumpulan Boria Wawasan, Kumpulan Boria Budayasari, Kumpulan Boria Omara, Kumpulan Boria Klasik Mutiara, Kumpulan Boria Gema Permata, Kumpulan Boria Warisan Gemilang – SMK Gemilang Kumpulan Boria Putera Wawasan – SMK Pmtg. Tok Jaya, Kumpulan Boria Santun Semilang (SMK Seberang Jaya), Kumpulan Boria Bukit Gedong dan Kumpulan Boria Cilik Pra-Sekolah (Tadika Jet). Terdapat juga Pertandingan Boria Kategori Cilik dan Kategori Terbuka. Sebanyak lapan (8) buah kumpulan Boria telah bertanding bagi Kategori Cilik yang melibatkan sekolah rendah di Pulau Pinang dengan jumlah penglibatan sebanyak 120 orang peserta dan enam (6) kumpulan Boria yang bertanding bagi Kategori Terbuka melibatkan sekolah menengah dan IPT daripada ASWARA, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang dengan melibatkan jumlah 90 orang peserta. Terdapat juga persembahan sisipan seperti persembahan tarian kebudayaan cina dari Kumpulan Studio 5678, persembahan tarian kebudayaan india dari Kumpulan Tarian Narthana Fine Arts dan persembahan Kumpulan Ghazal Party Omara serta aktiviti pencungkilan bakat seperti Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja, Pertandingan Peragaan Busana Tukang Karang Boria Cilik, Pertandingan Peragaan Ratu Kebaya, Pertandingan mewarna oleh kanak-kanak dan pelbagai lagi.
Target Audience
general_audience
Infozone Category
State
Days
Sunday
Friday
Saturday
Website
https://portal.jkkn.gov.my/ms/utama
Venue
Pusat Konvensyen SP Arena, Seberang Jaya Pulau Pinang
Ticket admission
Percuma

ERA Muzik Hit Terkini