Start Date
End Date
Postcode
81200
Personal email
mardy838@gmail.com
Company Email
tourismjohor@johor.gov.my
Contact number
072249960
Display Contact Details
On
Description
Tahun Melawat Johor 2026 bakal lebih meriah dengan Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 dan Festival Budaya Malaysia 2025 anjuran bersama Tourism Johor dan Kementerian Pelancongan, Budaya & Seni Malaysia yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Disember ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Acara yang diadakan selama empat (4) hari beroperasi seawal 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya pameran interaktif budaya & pelancongan, persembahan kebudayaan, gerai jualan dan pameran daerah, sajian Johor, persembahan artis, orkhestra dan banyak lagi.
Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan kemeriahan Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 dengan pertunjukkan drone serta persembahan Zapin Mehlah Johor yang mempesonakan pada 12 Disember 2025.
Perkhidmatan ‘shuttle bus’ secara percuma turut disediakan.
Jangan lupa temu janji kita, penuhi masa terluang anda bersama keluarga dan rakan-rakan sambil berhibur dengan pelbagai kemeriahan sepanjang empat (4) hari acara berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru!
Info lanjut, layari sosial media Tourism Johor.
Target Audience
general_audience
Infozone Category
State
Days
Sunday
Thursday
Friday
Saturday
Website
https://tourismjohor.my/
Venue
DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU
Ticket admission
PERCUMA