
BAM masih belum memuktamadkan pemilihan beregu lelaki ke-3 dalam skuad Piala Thomas.
Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky berkata peluang terbabit masih terbuka kepada mana-mana gandingan termasuk pasangan Arif Junaidi – Yap Roy King.
Jelasnya barisan kejurulatihan akan menilai prestasi semua pasangan sebelum buat keputusan akhir untuk ke pertandingan itu bulan depan.
Untuk rekod, beregu lelaki utama negara iaitu Aaron Chia – Soh Wooi Yik antara nama yang akan beraksi untuk skuad kebangsaan nanti.
.....
Beralih ke bola sepak, kongres pemilihan kepimpinan baharu FAM dijangka diadakan pada Ogos atau September selepas Piala Dunia.
Setiausaha Agung AFC berkata perkara ini untuk memberi ruang kepada pihaknya menyelesaikan proses audit terhadap pentadbiran FAM.
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 letak jawatan pada Januari lalu berikutan isu pemalsuan dokumen 7 pemain warisan.
.....
Akhir sekali, Harimau Malaya akan beraksi di venue alternatif sebagai tuan rumah saingan Piala ASEAN Julai ini susulan Stadium Nasional Bukit Jalil sedang diselenggara.
FAM berkata pihaknya mencadangkan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai lokasi perlawanan terbabit.