Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Piala Asia 2027 Tinggal Kenangan

 

Hasrat Malaysia untuk beraksi pada pusingan akhir Piala Asia 2027 tidak kesampaian. 

Ini selepas AFC isytihar Malaysia kalah 0-3 dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal dan Vietnam sebelum ini. 

FAM turut didenda lebih RM100,000 kerana didapati melanggar peraturan dengan menurunkan pemain tidak layak dalam dua perlawanan terbabit. 

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya mendahului saingan Kumpulan F dengan 15 mata, namun kini hanya berbaki 9 mata. 

..... 

3 wakil negara termasuk pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia akan beraksi pada Kejohanan Badminton Masters Orleans yang membuka tirai hari ini. 

..... 

Arsenal buru kemenangan apabila berdepan Bayer Leverkusen pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara awal pagi esok. 

Ini untuk membolehkan pendahulu EPL itu mara ke peringkat seterusnya selepas seri 1-1 dengan kelab Jerman itu pada aksi pertama sebelum ini. 

Ikuti secara langsung aksi berkenaan bermula 4 pagi esok, di ASTRO saluran 822 dan aplikasi Sooka. 

..... 

Dan Manchester United dikatakan akan bersaing dengan Bayern Munich untuk mendapatkan pemain tengah Nottingham ForestElliot Anderson 

ERA Muzik Hit Terkini