4 wakil negara akan beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Orleans hari ini.
Ini termasuk pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh dan perseorangan wanita, K. Letshanaa, masing-masing akan berdepan wakil Chinese Taipei.
Terdahulu 2 wakil negara iaitu beregu lelaki, Kang Kai Xing – Aaron Thai dan beregu wanita, Ong Xin Yee – Carmen Ting mara ke pusingan kedua.
.....
Persekutuan Bola Sepak Senegal akan membuat rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan selepas negara itu dilucutkan gelaran juara Piala Negara-Negara Afrika.
Sebelum ini Konfederasi Bolasepak Afrika isytihar Maghribi sebagai juara dengan kemenangan 3-0 susulan pemain Senegal meninggalkan padang pada aksi final sebagai protes.
.....
Liverpool dalam misi buru kemenangan apabila bertemu Galatasaray pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara awal pagi esok.
Skuad kendalian Arne Slot itu tewas 0-1 kepada kelab Turkiye berkenaan pada aksi pertama sebelum ini.
Ikuti secara langsung aksi timbal balik terbabit bermula 4 pagi esok, di ASTRO saluran 820 dan aplikasi Sooka.
.....
Dan Manchester United dilapor mahu terus mengekalkan pemain bintangnya Bruno Fernandes di Old Trafford pada musim panas ini.