Skip to main content

Advertisement

SUKAN| JDT Terlalu Rendah Diri

JDT tidak mahu tergesa-gesa buru rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini. 

Pengendali, Xisco Munoz menegaskan keutamaan pasukan adalah mengekalkan prestasi konsisten tanpa terlalu memikirkan baki perlawanan. 

Tambahnya, kemenangan besar 7-0 ke atas PDRM FC malam tadi membuktikan skuad Harimau Selatan tekad untuk menamatkan musim ini dengan cemerlang. 

JDT tepati ramalan apabila lebih awal mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini yang juga gelaran ke-12 berturut-turut mereka sejak 2014. 

..... 

4 wakil negara akan meneruskan cabaran Malaysia pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Orleans hari ini. 

Ini termasuk wakil tunggal perseorangan lelaki, Justin Hoh yang dijadual berdepan dengan wakil dari Chinese Taipei. 

..... 

Dan Aston Villa akan menerima kunjungan kelab Perancis, Lille untuk aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Europa awal pagi esok. 

Sebelum ini Villa raih kemenangan 1-0 pada aksi pertama. 

Ikuti secara langsung aksi timbal balik berkenaan bermula 4 pagi esok, di ASTRO saluran 820 dan aplikasi Sooka.   

ERA Muzik Hit Terkini